Friday, 20 September 2013

Tips Temuduga berjaya... :) insyaAllah... :)

 entry kali ini saya tulis untuk seorang rakan facebook saya yang nak pergi interview tak lama lagi. Ni adalah ilmu yang saya peroleh semasa berada di PLKN dahulu....

Baiklah...
memang kita tidak nafikan bahawa untuk mendapatkan pekerjaan pada zaman ini memang satu persaingan yang sengit kerana ramai orang yang berkelayakan memohon jawatan yang sama tetapi kekosongan adalah terhad. Oleh itu, bagaimana kita hendak mendapatkan pekerjaan terbabit??

   Caranya adalah dengan memikat hati penemuduga. Bagaimana kita hendak memikat hati penemuduga?? mudah sahaja. Apabila kita bertemu dengan seseorang apakah yang mula-mula sekali kita lihat mengenai seseorang itu??

    Sudah semestilah melalui penampilan. Dari penampilanlah kita dapat menilai orang, dan dari situ juga lah orang dapat menilai kita. 

    Semasa pergi temuduga, pakailah pakaian yang kemas & berketerampilan. Kita digalakkan berpakaian formal. Bagi lelaki kita digalakan untuk memakai baju kemeja, berseluar slex panjang, bertali leher dan bertali pinggang. Jika mampu pakailah bersama blezer. Bagi perempuan pula anda digalakan memakai pakaian kemeja perempuan/ baju kurung yang menutup aurat.

Dari aspek pemakaian semasa temuduga, selalunya perempuan tiada masalah kerana perempuan suka bergaya, yang menjadi masalhnya ialah kaum lelaki kerana kebanyakan lelaki memandang remeh dari aspek pemakaian. Hal ini sangat membimbangkan kerana ini mempengaruh markah temuduga anda.

Baiklah, saya akan cuba huraikan satu persatu setakat yang saya belajar. hahhaha...

  Semasa pergi temuduga, anda digalakkan memakai kemeja. Bagaimanakah kemeja yang sesuai untuk pergi temuduga?? Sebaik-baiknya anda digalakkan memakai kemeja yang biasa digunakan semasa pergi ke pejabat bukannya kemeja untuk pergi berkelah atau seumpamanya. Selain itu, pemilihan warna kemeja juga amat penting. Sebaik-baiknya pakailah baju-baju yang menunjukan anda ini pandai bermain dengan warna dan janganlah sampai jadi mangsa fesyen. Kemeja anda juga perlulah fit. Apa yang dimaksudkan dengan fit adalah tidak ketat dan tidak longgar. Ia menampakkan anda selesa memakainya.

  Anda juga digalakkan memakai seluar slex kerana ia sesuai untuk pelbagai keadaan samada untuk ke pejabat mahupun ke majlis formal. Pastikan juga anda memakai seluar slex yang panjang dan warnanya sesuai dengan baju anda. Janganlah anda memakai baju hijau seluar merah sudah la. Yang paling penting jangan sesekali pakai seluar jeans dan seluar pendek.

Semasa pergi ke temuduga anda juga dinasihatkan untuk mengenakan tali leher bersama. Ini menampakan yang  anda lebih berketerampilan dan lebih menonjol. Semasa memilih tali leher, pilihlah warna yang sesuai dengan baju anda. Anda juga perlulah tali leher anda diikat tidak terlali panjang dan tidak terlalu pendek. Seelok-eloknya diikat sehingga sampai ke kepala tali pinggang anda.

Anda juga perlu pastikan anda memakai tali pinggang yang sesuai. Sebaik-baiknya tali pinggang kulit yang warnanya sesuai dengan seluar anda. Anda juga digalakkan memakai kasut hitam pvc/kulit semasa pergi temuduga. Anda juga perlu pastikan yang anda memakai stokin bersama. Stokin adalah pelengkap kepada kasut anda oleh itu perlulah anda menitik beratkannya.




di atas adalah antara contoh pakaian yang sesuai untuk anda gayakan semasa pergi temuduga.

pekara-pekara yang selalu diabaikan oleh lelaki semasa temuduga.

antara perkara yang selalu diabaikan oleh lelaki semasa temuduga ialah..

1) keserasian warna antara kemeja, seluar, tali leher,tali pinggang kasut dan stokin.

2)cara mengikat tali leher. Sesetengah lelaki memakai tali leher terlampau panjang dan terlampau pendek. Sebaik-baiknya ikat sehingga mengenai kepala tali pinggang anda sahaja. 

3) Tidak memenuhkan butang kemeja. Kebanyakan orang tidak suka memenuhkan butang kemeja kerana beranggapan net dan seumpamanya. Bagi orang di Barat, lelaki yang memakai tali leher adalah lelaki yang bijak dan bertamadun manakala lelaki yang memakai tali leher tanpa memenuhkan butang kemeja dianggap tidak bertamadun. Hahahhaha...
macam broader ni, dari aspek pemilihan pakaian sudah sesuai namun masih belum kemas sepenuhnya kerana dia tidak memenuhkan butang kemejanya dan merapatkan tali lehernya, ini mengurangkan markah dari aspek pemakaian.
3) berpakaian selekeh. Ada juga lelaki yang pergi temuduga dengan berpakaian selekeh dengan memakai selipar, berkuku panjang, memakai cincin dan gelang serta tidak memasukan baju kedalam seluar dan memakai pakaian yang tidak di gosok. 

contoh pemakaian yang selekeh semasa ke temuduga. Elakkan....
4)memakai kemeja lengan pendek. Tidak salah memakai kemeja lengan pendek tetapi memakai kemeja lengan panjang adalah lebih baik kerana ia sesuai untuk digayakan dengan tali leher dan kelihatan lebih profesional.


5)melibat lengan baju. Cuba elakkan melibat lengan baju semasa anda pergi temuduga. Ini melihatkan anda agak selekeh.

6) rambut tidak kemas. Memang rambut adalah mahkota bagi lelaki tetapi biarlah kemas. jika anda segan hendak sikat bikin botak la senang. Hahahhahaha...
contoh rambut yang tidak kemas.
7) menyimpan janggut dan memakai aksesori yang tidak sesuai. Tidak salah menyimpan janggut tetapi biarlah kemas. Anda  boleh memakai aksesori seperti jam tangan, pin tie dan cuff-link. Jangan memakai cincin mahupun gelang semasa temuduga.

cara mengikat tali leher.
berikut adalah cara-cara untuk mengikat tali leher. 




perkara-perkara lain yang diambil kira semasa temuduga.

1)menetapi masa
2)bertanggung jawab
3)kemahiran teknologi
4)kretiviti
5)kefasihan
6)integriti
7)keterbukaan ( open minded)
8)kepimpinan.
9)kemampuan berpasukan.
10)komitmen.

10 perkara diatas adalah perkara utama selepas pemakaian yang diambil kira semasa temuduga.

Akhir sekali jangan lupa membawa bersama RESUME anda berserta dokumen-dokumen lain seperti surat tawaran dan sijil-sijil anda.
contoh resume.
cukuplah dahulu setakat ini. Semoga ini dapat membantu anda yang ingin pergi ke temuduga dan semoga mendapat kerja yang dipohon itu.

No comments:

Post a Comment