Tuesday, 10 September 2013

Gelora Pelajar Sekolah Sains (part 1)

        Berada di alam persekolah memang satu alam yang amat menyeronokan. Pada masa ini kita mula mengenal dunia. Pelbagai benda baru yang kita ketahui. Pelbagai pengalaman yang sukar kita lupakan kita dapat pada zaman ini. Apa yang ingin aku ceritakan ini adalah pengalaman seorang pelajar sekolah sains yang terjebak dalam dunia PLU.

      Kisah ini bermula apabila Afiq (bukan nama sebenar) telah dihantar ke sekolah sains oleh kedua orang tuanya ke sebuah sekolah sains. Sekolah terbabit agak jauh dari bandar dan masyarakat dan boleh dikatakan sebagai sekolah dalam hutan. Walaupun kedudukannya sebegitu terpencil namun sekolah tersebut besar, cantik, pelajarnya kurang dari 300 orang, dan prestasi sekolah tersebut sangat cemerlang dari segi akademik dan ko-kurikulum.

     Pada hari pertama Afiq menjejakkan kaki ke sekolah berkenaan memang afiq tidak mahu berada di situ. Namun dia tetap pergi jua kerana terpaksa mengikut kehendak kedua orang tuanya.

       Selepas pendaftaran, afiq di benarkan masuk ke biliknya. Sepanjang menuju ke biliknya afiq terbayangkan bilik yang sesak dengan 20-30 orang pelajar dan terpaksa berkongsi tandas dengan mereka semua itu. Namun apabila afiq sampai di biliknya dia begitu terkejut kerana dalam bilik tersebut terdapat 2 katil sahaja. Dia mengambil tempat di katil yang masih kosong. Sesudah dia mengemas barang-barangnya tiba-tiba datang seorang lelaki ke biliknya dan duduk di katil yang satu lagi. 

       Tahulah dia bahawa itu adalah rakan sebiliknya. Lelaki terbabit memperkenalkan dirinya sebagai Hisna. Hisna merupakan anak kacukan melayu, arab, jawa dan belanda. Hal ini kerana ibunya merupakan kacukan melayu arab dan bapanya merupakan kacukan jawa belanda. Muka Hisna bujur sirih, berkulit putih, berambut hitam-perang, orangnya tinggi lampai dan sopan orangnya.
GAMBAR HIASAN


    Hisna memberi tahu Afiq akan peraturan di sekolah itu. Di sekolah berkenaan, mereka diwajibkan memakai kemeja dan bertali leher sepanjang masa kecuali ketika berada di bilik. Memang nampak agak pelik namun peraturan tersebut boleh diterima dan diikuti oleh semua pelajar di situ.

     Pada malam pertama dia di situ, afiq dan raka-rakannya diberikan taklimat mengenai sesiorentasi mereka. Setelah selesai taklimat afiq kembali ke bilik dan dia dapati...   

                                                bersambung....

No comments:

Post a Comment